Tuesday, January 26, 2010

Hacker wannabe?


"aku tau kau yang hek website U* aritu kan? Wah mentang2 lah boleh bruteforce , SSL 128-bit kau hek ye Usin!"
Jerit sorang remaja yg berusia 20-an kepada teman nya dalam sebuah cyber cafe. Tak tau apa tujuan dia menjerit tu, adakah sebab kawan dia yg kat sebelah tu pekak, ataupun sedang cuba impress kan chix yg sedang sibuk melyari PesBuk kat sebelah dia.

Jeritan tu seolah-olah nak bagitau bahawa ke terror an nya dan kawan2 nya mampu mengehek encryption 128-bit mengunakan cyber cafe punya pc je (thin client pc lak tu).

So, apa citer bebudak zaman ni? hebat sungguh sampai keje-keje hek mengehek ni nak kasi tau kat org ramai. Patutnya beign a hek-ker is being an anynomous entity, bukan celebrity.

Sekarang ni jugak, ramai yg mengunakan mcm-mcm jenis handle/nickname 'hacker' untuk memberitahu 'authority'mereka, iaitu "Haip, jgn berani nak lawan cakap aku, aku hek-ker tau.."

Lawak sungguh mangkuk hayun remaja zaman ini.

Mana pergi sipat rendah diri org melayu? Kalau rasa hebat sangat ilmu tu, hah bukak sebuah consultant agency/auditor untuk audit security facilities IT sesebuah organisasi.

Aku kenal ramai hek ker yg hebat-hebat dan pernah berjumpa masa Hack-In-The-Box punya konvensyen, tapi takde sorang pun yg ada nama "Hek-ker" sebagai handle nya. Contoh utama mendiang 'Millworm'. Ni bapak punya intrusion punya hek-ker, tapi sampai dia mati pun hanya orang yang tau-tau je yang tau dia ni sapa. Being anonymous is a must for this camp.

Paling latest, dalam sebuah forum tempatan, seorang self claim Carder telah terang-terang mengaku kepada kawan nya (forumer di forum tempatan itu), bahwa dia amat pakar untuk mempergunakan CC untuk membeli produk-produk digital dari internet... WTF betul budak-budak ni.

Aku pulak? seperti mana handle/nickname aku, merupakan seorang n008 sepanjang zaman, so, takde apa yang boleh mengauthority kan aku untuk meng claimkan diriku sebagai hek-ker..

Tapi, walaupun aku bukan seorang hek-ker, namun aku mungkin seorang.....


Hakaider...

No comments:

Post a Comment